EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Harga Minyak Masak 5 Kg Naik Mencanak Lepasi Harga RM32 Sebotol

0 month ago, 08-Jun-2021

Pengguna di bandar raya ini terkej0t apabila mendapati harga minyak masak dalam botol terus naik melambung berbanding sebelum ini.

Tinjauan di beberapa pasar raya, kedai serbaneka serta pasar mini di Larkin dan Tampoi, di sini, mendapati minyak masak dalam botol lima kilogram (kg) melonjak naik melepasi harga antara RM30 hingga RM32.70 sebotol berbanding hanya RM25.90 hingga RM28 sebotol sebelum ini.

Penyelia, Anuar Ariffin, 44, berkata, dia sangat terkej0t dengan kenaikan mendadak harga minyak masak botol lima kg itu berbanding bulan lalu.

Katanya, harga minyak masak botol lima kg itu hanya antara RM25.90 hingga RM28 sebelum ini.

Peningkatan antara RM4 hingga RM7 untuk minyak masak botol lima kg terlalu drastik apatah lagi dalam tempoh tidak sampai sebulan.

Keluarga saya besar dengan empat orang anak, takkan saya perlu beli minyak masak paket RM2.50 setiap minggu untuk kegunaan keluarga, sedangkan sekarang perintah Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) dikuatkuasakan.

Pengguna seperti saya sangat terbeban apatah lagi pendapatan terjejas berikutan keadaan ekonomi belum stabil. Adakah pihak berkuasa akan terus melihat sahaja sehingga minyak masak botol melepasi harga RM40 sebotol pula selepas ini, katanya ketika ditemui.

Bagi Zura Mohd, 33, pula berkata, harga barang keperluan terutama minyak masak yang melonjak sangat membebankan pengguna.

Saya beli minyak masak botol lima kg sebulan sekali dan apabila lihat harganya dah melepasi RM30 memang menggigil jugalah.

Dulu anak sekolah makan dua kali sehari sahaja, namun apabila sekolah ditutup saya sediakan makanan sehingga empat kali sehari dan ia jadi sangat membebankan kepada keluarga besar.

Memang benar kerajaan hanya mengawal harga minyak paket polibeg satu kg sahaja, namun dengarlah juga suara rakyat terbeban kerana harga minyak botol seolah-olah menganiaya pengguna, katanya. – dipetik dari UtamaDaily

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...