EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Harga ikan kembung RM50 sekilo.. ????

0 month ago, 26-Nov-2019

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tidak menolak kemungkinan harga ikan kembung melonjak sehingga RM50 sekilogram sekiranya Projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) dilaksanakan.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, kenaikan harga itu boleh berlaku disebabkan projek tersebut akan menghancurkan kawasan penangkapan hasil laut nelayan pantai yang ketika ini merupakan pembekal utama ikan kepada rakyat Pulau Pinang.

Kalau kita hapuskan tempat itu apa akan jadi? Sudah semestinya harga ikan akan naik mendadak, malahan sekarang pun harga ikan kembung sudah jadi RM20 sekilogram berbanding RM10 sekilogram pada lima tahun lalu.

ADVERTISING

Lagi-lagi kalau kita teruskan projek ini, mungkin ikan kembung akan susah untuk didaratkan atau kita kena bayar RM50 untuk satu kilogram ikan itu nanti. Begitu juga dengan sotong dan hasil laut lain, semua akan naik harga, katanya ketika berucap pada demonstrasi aman Hari Solidariti Nelayan bagi membantah PSR di Padang Kota Lama di sini baru-baru ini.

Harga ikan kembung mampu cecah RM50 jika projek PSR dilaksanakan.
 Harga ikan kembung mampu cecah RM50 jika projek PSR dilaksanakan.

Berdasarkan keadaan itu, Mohideen berkata, CAP berada di belakang nelayan untuk menentang projek mega terbabit apatah lagi jika timbul masalah kekurangan ikan nanti, rakyat bakal berdepan pula dengan masalah keselamatan makanan.

Bila kurang ikan kita terpaksa import dari Thailand, India, Pakistan atau mana-mana negara pembekal. Malangnya apabila kita import ikan itu, ikan tersebut ada bahan kimia untuk kekalkan kesegarannya, jadi rakyat akan makan ikan kimia.

Ikan kimia itu boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan ia sudah dibuktikan oleh hasil kajian yang dilakukan, katanya.

Rajah kawasan tangkapan hasil laut yang akan ditambak di Pulau Pinang.
 Rajah kawasan tangkapan hasil laut yang akan ditambak di Pulau Pinang.
Katanya, CAP selama ini juga sememangnya menentang bahan kimia yang dipakai untuk menyimpan ikan kerana ia akan mendatangkan banyak implikasi buruk kepada manusia.

Perkara ini rakyat kena sedar dan sebab itu saya minta rakyat bersatu dalam isu ini. Kita tak boleh krompomi perkara ini kerana ia berkait dengan masa depan rakyat, katanya.

Kredit Sinar Harian

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...