EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Haram iklan minuman tinggi gula

0 month ago, 10-Oct-2019

SINGAPURA: Kerajaan Singapura akan mengharamkan iklan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, antara usaha untuk menangani peningkatan diabetes di negara itu, lapor media hari ini.

Menteri kesihatan, Edwin Tong berkata, minuman ringan dan jus yang mempunyai kandungan gula tinggi juga diwajibkan dilabel tidak sihat pada bungkusannya.

Larangan itu terpakai untuk iklan di televisyen, pencetakan, papan iklan dan Internet seperti media sosial.

Beberapa negara seperti Mexico, Britain dan Kanada juga mengehadkan iklan makanan dan minuman kalori tinggi di televisyen atas faktor kesihatan.

Singapura mempunyai kadar pesakit diabetes antara paling tinggi di dunia dan antara faktor itu adalah budaya makan di gerai yang menyajikan makanan tidak sihat.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...