EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hanya beli di Shopee, pemuda ini berjaya ubah suai bilik seperti kem pelarian menjadi lebih kemas dan teratur

0 month ago, 29-Jun-2020

Antara perkara paling kerap kita saksikan ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sesi ubahsuai dekorasi rumah terutamanya bilik tidur, memandangkan banyak masa diluangkan di rumah pada ketika itu.

Perkara yang sama turut dilakukan oleh seorang pemuda ini yang dikenali sebagai Jamie. Oleh kerana bekerja daripada rumah, dia mula merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk biliknya itu diubah suai.

Anda juga pasti merasakan benda yang sama jika melihat keadaan bilik tidur Jamie sebelum tempoh PKP. Lihat foto-foto di bawah :

World of Buzz | Jamie

Tidak hairanlah Jamie kerap dileteri oleh ibunya. Tempoh PKP memberikannya masa yang lebih di rumah, maka aplikasi dalam talian Shopee menjadi 'rakan karibnya' yang baru. Disitulah Jamie mendapatkan barangan untuk mengubah suai biliknya.

Berubah 360 darjah! Tidak percaya? Cuba anda lihat foto-foto selepas sesi makeover dilakukan :

World of Buzz

World of Buzz | Jamie

Untuk anda yang ingin tahu perabot atau produk yang digunakan Jamie dalam menghiasi bilik tidurnya, berikut adalah senarai yang dipecahkan Jamie mengikut bahagian :

#1 Kawasan tempat tidur

World of Buzz | Jamie

  • Katil kayu daripada palet RM300 daripada Pallet Garage yang berpusat di Shah Alam
  • Cadar RM16.90
  • Tirai gelap (Lebar 100 sentimeter x Panjang 130 sentimeter) RM18
  • Lampu LED dengan alat kawalan (5 meter di bawah tilam dan meja) RM21
  • Kipas dinding dengan alat kawalan RM149

#2Kawasan meja

World of Buzz | Jamie

  • Lampu meja sedia ada. Ia dijumpai Jamie di rumahnya dan Jamie memutuskan untuk membaikinya
  • Pokok palsu daripada Tesco RM13
  • Keyboard RK61 Bluetooth Mechanical Keyboard RM130
  • Lapik keyboard dan tetikus RM3
  • Papan tanda hanya DIY menggunakan kadbod dan kotak terpakai
  • Speaker dengan bluetooth dari Xiaomi RM150
  • Kertas dinding (77 sentimeter x 70 sentimeter) RM3.79 setiap satu
  • Meja dengan rak 4 tingkat RM103.90
  • Kerusi RM79.90
  • Rak dinding kayu RM27.88

#3 Bahagian lain pada dinding

World of Buzz | Jamie

  • Kertas hiasan dinding 3D bewarna kelabu (70 sentimeter x 77 sentimeter) RM4.19 setiap satu
  • Poster peta London/Porto/Tokyo RM14.88. Jamie melakukan DIY menggunakan kadbod dan velcro di belakangnya.
  • Peta dunia (Lebar 125 sentimeter x Panjang 80 sentimeter) RM24. Sama juga, Jamie turut lakukan DIY menggunakan kadbod dan wainscoating di kelilingnya.
  • Cermin dari Tesco RM25
  • Besi penyangkut dari Tesco RM10
  • Pokok hiasan RM7 setiap satu
  • Penyangkut besi (sangkut tuala) RM53
  • Papan bewarna kelabu RM34.330 untuk 6 keping bersaiz 22 sentimeter x 22 sentimer

#4 Kawasan almari pakaian

World of Buzz | Jamie

  • Almari terbuka 3 tingkat RM129
  • Laci Lennart dari Ikea RM54. Jamie membelinya dari Shopee kerana harga termasuk kos penghantaran lebih murah
  • Jam dinding dari Kaison RM15

#5 Pintu

World of Buzz | Jamie

Bahagian ini tidak dilupakan oleh Jamie. Dia menggunakan kertas dinding bercorak kayu dari Kaison (70 sentimeter x 70 sentimer). Barulah nampak lebih menyerlah!

Pasti Jamie penat menghiasi bilik tidurnya, bukan? Tetapi hasilnya begitu berbaloi. Sudah pasti Jamie selepas ini lebih selesa apabila berada di bilik tidurnya. Ruang peribadi kita, mestilah kena kemas dan cantik sentiasa!

 

Hanya beli di Shopee, pemuda ini berjaya ubah suai bilik seperti kem pelarian menjadi lebih kemas dan teratur Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...