EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hanya sekejap bertemu, pelajar sebak ibu pergi setelah demam berpanjangan

0 month ago, 07-Jun-2021

Sebelum hari raya tempoh hari, para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah diberi kebenaran untuk pulang ke kediaman masing-masing untuk menyambut hari raya.

Jadi, perjalanan pulang mereka ke rumah sudah tentu dengan pelbagai syarat serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi perkongsian seorang pelajar, dia berkesempatan untuk pulang ke kampung semasa lebaran tempoh hari untuk bertemu ahli keluarga termasuklah ibunya.

Jadi, dia berpeluang menghabiskan masa bersama ibunya sebelum wanita itu disahkan positif Covid-19 di hari raya keempat selepas 10 hari demam.

@cornsalad90

Selamat jalan umi. Adik love you so much. #covid19

? Hanya Rindu Andmesh

Hal tersebut dikongsikan sendiri pengguna TikTok menggunakan nama akaun @cornsalad90 apabila berkongsi momen sepanjang bersama ibunya sehinggalah insan tersayang itu pergi menghadap Ilahi akibat wabak maut ini.

Dia hanya sempat meluangkan masa sekejap sahaja selepas pulang dari kampus dan ternyata mereka sekeluarga perlu menjalani kuarantin kendiri ekoran menjadi kontak rapat.

Ibunya telah dimasukkan ke unit rawatan rapi dan tidak berapa hari kemudian disahkan meninggal dunia.

Di perkongsian lain di TikTok, gadis tersebut menjawab beberapa soalan yang menjadi tanda tanya warganet. Salah satunya adalah kebenaran pulang ke kampung halaman memandangkan aktiviti rentas negeri tidak dibenarkan.

Menurutnya, dia sudah tamat belajar program Asasi di universiti sebelum hari raya. Jadi, pihak universiti mengarahkan mereka untuk pulang.

@cornsalad90

Reply to @eijamanja

? The One That Got Away Brielle Von Hugel

Selain itu, dia juga menjelaskan bahawa ibunya merupakan seorang peniaga di pasar. Setelah ibu tersayang disahkan positif, dia serta-merta membuat ujian saringan dan keputusan yang diterima adalah negatif. Jadi, tuduhan sesetengah pihak mengenai dirinya tidak benar sama sekali.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan salam takziah kepada keluarga @cornsalad90. Mereka juga mendoakan agar ahli keluarga yang lain segera sembuh dan bebas dari wabak pandemik ini.

: cornsalad90



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...