EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

HANYA 25 KES RADANG OTOT JANTUNG DIREKOD SELEPAS TERIMA VAKSIN COVID-19

0 month ago, 15-Jan-2022

KUALA LUMPUR: Sejumlah 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dilaporkan dalam tempoh 21 hari selepas individu menerima vaksinasi COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 kes direkodkan berkaitan dengan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer (Pfizer), sembilan berkaitan vaksin CoronaVac (Sinovac) dan dua berkaitan vaksin Oxford-AstraZeneca.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) telah menjalankan kajian keselamatan vaksin Malaysia yang dikenali sebagai ‘Case-Based Monitoring of Adverse Events Following COVID-19 Vaccination (SAFECOVAC).

“Kajian SAFECOVAC mendapati, kadar sebenar kejadian miokarditis bagi setiap juta dos yang diberikan ialah 0.9 dalam kalangan penerima vaksin Comirnaty, 0.5 untuk CoronaVac dan 0.7 untuk vaksin Oxford-Astra Zeneca.

“Dalam kalangan mereka yang berumur di bawah 30 tahun, kadar sebenar berlakunya miokarditis adalah 0.87 setiap juta dos yang diberikan bagi Comirnaty dan 0.49 bagi CoronaVac, manakala bagi individu berumur 30 tahun ke atas, kadar sebenar miokarditis ialah 1.0 setiap juta dos bagi Comirnaty dan 0.6 bagi CoronaVac,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, secara kesimpulannya berdasarkan keputusan kajian SAFECOVAC, data dari sistem Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)- kesan advers susulan imunisasi (AEFI) dan Real-World Data, konsisten dengan kejadian miokarditis yang sangat jarang berlaku, setelah menerima vaksin Comirnaty.

“ jika dibandingkan dengan risiko lebih tinggi untuk mendapat miokarditis daripada jangkitan COVID-19. Tambahan pula, sebahagian besar kes miokarditis yang dilaporkan adalah ringan, terhad kepada individu, dan berupaya untuk sembuh dengan segera,” katanya.

Mengenai kebimbangan terhadap kes miokarditis dan perikarditis berkaitan dengan vaksin terutama yang menggunakan teknologi ‘Messenger Asid Ribonukleik’ (mRNA) termasuk Comirnaty bagi populasi remaja, Dr Noor Hisham berkata lebih 33 juta dos vaksin berasaskan mRNA, dikawal selia di negara ini.

“NPRA tidak mengesan sebarang ‘Safety Alert’ yang membuktikan kesan buruk vaksin Comirnaty, dan KKM memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kerajaan komited untuk terus memantau sebarang tanda amaran keselamatan kepada program vaksinasi, yang sedang berlangsung,” katanya.

Beliau turut memaklumkan penyakit miokarditis kebiasaannya disebabkan oleh virus atau penyakit autoimun.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...