EdisiViral.Com Search Guest Post Login

RCI: Hanya Mohamed Yakcop boleh arah transaksi AS$800 juta, kata peniaga

24 month ago, 25-Aug-2017

 | August 24, 2017
Saksi ke-6 RCI berkata beliau sebagai peniaga mata wang asing hanya dibenarkan melakukan transaksi tidak melebihi AS$30 juta.
fizaman
PUTRAJAYA: Seorang peniaga mata wang asing berkata pengurusan Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengarahkan beliau melakukan transaksi mencecah AS$800 juta (RM2.5 bilion) sehari.

Fizaman Noor Mohamed Nasir berkata transaksi pada jumlah sebegitu besar hanya boleh dilakukan atas arahan pengarah jabatan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Seingat saya, nilai urusniaga tertinggi management position yang pernah saya lakukan dalam satu hari mencecah nilai AS$800 juta. Arahan itu hanya boleh diberikan pihak pengurusan.

Setiap transaksi pelaburan dilakukan akan mendapat arahan dari Nor Mohamed, bukan memandai-mandai, katanya kepada panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang bersidang di Istana Kehakiman, Putrajaya untuk menyiasat kerugian yang ditanggung BNM akibat dagangan mata wang asing pada 1990-an.

Saksi ke-6 itu menjelaskan beliau sebagai peniaga mata wang asing hanya dibenarkan melakukan transaksi tidak melebihi AS$30 juta.
Saya sebagai dealer position tidak pernah lakukan urusniaga mata wang asing melebihi maksimum yang dibenarkan kepada saya, sebagai ditetapkan.
FMT



Live Website Traffic





www.edisiviral.com