EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hannah Yeoh berdepan saman kerana memfitnah

0 month ago, 15-Sep-2020

 


Penganalisis politik, Dr Kamarul Yusoff hari ini menyaman Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh atas sebab mengecam dan memfitnah.

Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya supaya menyaman Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, yang mengecam dan memfitnah saya di dalam posting Facebook beliau hari ini semata-mata kerana saya memuatnaik satu posting yang sekadar bertanya Tunggang Agama Untuk Menang PRN? bersama-sama satu poster majlis beliau di Sabah, kata Dr Kamarul.

Dr Kamarul turut memuat naik semula antara lain, kecaman dan fitnah Hannah ke atasnya yang menjadi asas tindakan saman.

Antara tulisan Hannah terhadap Dr Kamarul ialah;

Sekali lagi pensyarah UUM ini mahu mainkan sentimen politik perkauman dan agama. Ianya jelas dalam pelbagai kenyataan dan tulisannya yang beliau begitu bencikan DAP. Jangan lupa, pensyarah yang sama jugalah yang mengkritik buku saya Becoming Hannah dan takut berdepan Tun Mahathir dalam forum anjuran Sinar Harian suatu waktu dulu.


Bagi saya inilah satu-satunya modal yang masih berbaki untuk dirinya perkauman dan isu agama yang telah biasa beliau gunakan di Semenanjung. Malang buat diri beliau, ini adalah Sabah, Negeri Di Bawah Bayu yang begitu meraikan dan menghormati kepelbagaian. Sentimen yang beliau mainkan bukan sahaja tidak diterima di Semenanjung dan kini di Sabah juga.

Menurut Dr Kamarul, ekoran kecaman dan fitnah ini, para pengikut Hannah telah secara bergerombolan membuat pelbagai komen yang mengecam dan memfitnahnya dengan seteruk-teruknya di laman Facebook beliau.

Saya akur dengan nasihat peguam saya dan akan memulakan tindakan perundangan ke atas Hannah Yeoh pada hari ini juga, tegas kamarul lagi. Buletin Asia.


SUMBER : penangkini.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...