www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Hangat pilihan raya di Indonesia, selebriti popular turut bertanding jadi ahli politik

0 month ago, 17-Apr-2019


Hari ini merupakan hari pengundian bagi pilihan raya umum bagi negara jiran kita iaitu Indonesia. Menurut sumber, Pilihan Raya Umum Indonesia yang mencatatkan 192 juta pengundi berdaftar akan mengundi hari ini bakal memilih Joko Widodo atau pun Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia.

Namun begitu, hampir 50 artis dan selebriti Indonesia turut sama bertanding bagi merebut kerusi di tempat masing-masing. Antaranya adalah Ifan Seventeen, Mulan Jameela, Krisdayanti, Dellia Wehelmina iaitu isteri kepada Pasha Ungu dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan model cantik yang pernah menjadi isteri seorang kerabat raja di Malaysia, Manohara Odelia, turut bertanding menjadi wakil rakyat. Selain itu, lagenda badminton Indonesia, Ricky Soebagdja turut bertanding untuk pilihan raya ini.

Nama-nama besar dalam kalangan selebriti itu telah membuatkan pilihan raya Indonesia atau PEMILU2019 semakin hangat dan meriah disebabkan penggunaan laman sosial untuk berkempen. Bahangnya dapat dirasa sehingga ke Malaysia. Semoga PEMILU yang sedang berlangsung hari ini dipermudahkan tanpa sebarang kekacauan.

: Harian Metro,Ifan Seventeen, Krisdayanti, Mulan Jameela, Dellia Wehelmina, Manohara Odelia, Ricky Soebadja

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts