EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hamzah menteri terbaharu dijangkiti Covid-19

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0
Datuk Seri Hamzah Zainudin

CYBERJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjadi menteri Kabinet terbaharu yang disahkan dijangkiti Covid-19.

Menurut Pejabat Menteri Dalam Negeri, beliau
telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada semalam.

“Susulan saringan tersebut, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah
memaklumkan pada awal pagi tadi bahawa beliau disahkan positif Covid-19.

“Oleh yang demikian, YB Dato Seri Hamzah Zainudin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Menteri di Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 dan manakala Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19, semalam.

Pada tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, merupakan menteri pertama positif Covid-19.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu,
sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin tersebut, beliau akan terus memantau dan akan memastikan segala urusan
kementerian berjalan dengan lancar.

Sementara itu, katanya, emua kontak rapat Hamzah bermula 8 Januari sehingga semalam dimohon untuk tampil ke pusat
saringan Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat untuk melakukan
saringan Covid-19 mengikut saranan pihak KKM.-MT

Hamzah menteri terbaharu dijangkiti Covid-19 Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...