EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hamzah ank daddy. Fad Bocey nekad dengan pendiriannya nak ambil ank Abam sebagai anknya

0 month ago, 13-Feb-2020

Selepas hampir tiga hari pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau Abam pergi buat selamanya, akhirnya sahabat baiknya iaitu Fad Bocey berpeluang menziarahi rumah baru Abam. Sebelum ini Fad dilaporkan begitu terkilan kerana berada jauh di Jepun ketika

Abam diuruskan pada petang Isnin. Dia yang tidak senang duduk di negara matahari terbit itu sentiasa menitiskan air mata kerana amat ralat dengan ketiadaannya disamping Achey menghadapi ujian kehilangan sahabat tersayang.

Pulang dari Jepun disambut hiba

Pulang sahaja dari Jepun, Fad telah disambut Achey dengan linangan air mata sambil mereka memegang baju Abam. Mereka juga terus menuju ke kediaman Abam bagi bertemu keluarga allahyarham.

Akhirnya tiba juga di rumah baru Abam

Petang tadi, selepas pulang berehat di rumah, Fad dan keluarga sekali lagi menziarahi keluarga Abam dan pergi ke tanah persemadian bagi melihat rumah baru Abam buat kali pertama. Menerusi IG story isteri Fad, Syaheera Rahman, mereka dilihat sedang berada di rumah Abam dan berjumpa dengan anak Abam.

Akan jaga anak Abam

Fad juga sempat menambah bahawa dia akan menjaga anak Abam seperti anaknya sendiri sambil memuat naik gambar bersama Hamzah di Instagram miliknya. Menerusi kapsyennya, dia sekarang mempunyai 4 orang anak termasuklah anak kepada Abam yang telah pergi buat selamanya.

Syed Uthman Hamzah baru sahaja berumur 8 bulan ketika bapanya pergi buat selamanya Isnin lalu. Dia yang belum mengerti apa-apa terlihat manja dengan sesiapa sahaja yang mendakapnya.

Sebelum ini, Fad dan keluarga berada di Jepun semasa menerima perkhabaran Abam telah pergi buat selamanya. Oleh sebab itu, dia agak terkilan kerana tidak dapat bersama yang lain menguruskan sahabat akrabnya pada petang isnin.

:Syaheeraarahman,Fad Bocey

Tak Sangka Ini Keadaan Terkini Ank Abam Apabila Dibawa Untuk Ziarah Ayahnya. Pandang Tanpa Perasaan Tak Mengerti Apa Apa

Walaupun hari ini dah masuk 3 hari pemergian penghibur tanah air kita, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, namun kesedihan masih terasa bagi semua rakyat Malaysia. Abam yang juga ahli kumpulan Bocey menghembuskan nafas yang terakhir beliau pada 10 Februari 2020.

Berita ketiadaan beliay turut dikongsikan oleh rata rata kenalan artis di media sosial. Dikhabarkan, beliau sebelum ini tidak berapa sihat kerana demam panas dan mengadu sakit kepala. Abam telah tinggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki tunggal berusia 8 bulan.

Turut berduka semestinya ahli keluarga serta sahabat baik Abam. Fad yang juga ahli kumpulan Bocey sebelum ini tiada ketika Abam pergi buat selamanya. Fad bersama keluarga ketika itu berada di Jepun sedang bercuti. Namun sedaya upaya, Fad bergegas pulang ke tanah air dan telah tiba lewat malam semalam.

Menerusi perkongsian di akaun IG pemilik nama Syuk Kicuk telah berkongsi satu gambar yang membuatkan sesiapa sahaja pasti akan merasa hiba. Manakan tidak, gambar tersebut adalah gambar anak Abam, iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berada di pusara ayahnya.

Gelagat ank Achey main dekat tanah persemadian Abam buat ramai sebak. Achey janji akan selalu bawa ank main disitu.

Tiada apa lagi yang dapat dizahirkan oleh kedua-dua sahabat Bocey apabila anggota kumpulan mereka Abam pergi menghadap Ilahi. Achey yang menghadapi duka tanpa Fad disisi begitu sebak sehingga tidak putus menitiskan air mata begitu juga sahabatnya itu yang gelisah di bumi Jepun menanti pulang melihat tanah persemadian Abam.

Selepas seharian Abam disemadikan, Achey telah datang kembali ke tanah persemadian Abam bersama anaknya, Tiara Zinnirah. Telatah comel si cilik itu mengundang sedikit sebak apabila dia bermain di sekitar tanah persemadian Abam sambil disapa Achey dengan mengatakan bahawa tempat ini bakal menjadi tempat bermainnya kelak.

Ketika itu, Tiara dilihat bermain dengan kerusi tempat duduk para hadirin yang menziarahi tanah persemadian Abam. Semasa hidup, hubungan mereka juga rapat dan kerap juga bertemu membawa anak masing-masing. Terdahulu, Abam dilaporkan pergi menghadap illahi pada pagi Isnin berpunca daripada demam yang berlarutan.

Berita pemergiannya begitu menggemparkan industri seni sehingga ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat pelawak tersebut. Abam telah tinggalkan seorang isteri dan seorang anak yang baru berusia lima bulan. Semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.


SUMBER : metro.allnws.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...