EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Hampir hilang dua jari akibat tersepit pada pintu kaca

0 month ago, 17-Sep-2020

Anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan pengumpil. -JBPM


GEORGE TOWN: Seorang pekerja premis peruncit kecantikan dan kesihatan di Jelutong, di sini, hampir kehilangan dua jarinya apabila tersepit selama lebih 30 minit pada pintu kaca automatik premis berkenaan pada Selasa.

Bagaimanapun pekerja wanita berusia 23 tahun itu diselamatkan anggota bomba yang datang tidak lama kemudian.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, pekerja terbabit dikatakan sedang mengemas dan secara tiba- tiba dua jarinya tersepit pada pintu kaca berkenaan.

Berikutan itu pihak pengurusan premis berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan bomba untuk mengeluarkan jari mangsa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 1.10 tengah hari.

"Anggota bomba terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan jari mangsa dengan menggunakan pengumpil.

"Mangsa diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut" katanya dalam kenyataan.

AstroAwani

Anggota bomba berhaya mengeluarkan Jari Tersepit di Watson Bukit Jambul, Pulau Pinang pic.twitter.com/vBy8oJjo9S

— penangkini (@penang_kini) September 16, 2020

SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...