EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Hampir Berkahwin Pada 2018, Bekas PA Dedah Masih Punya Perasaan Pada DS Vida

0 month ago, 28-Aug-2021

Sejak kebelakangan ini, bertiup kencang kisah hubungan di antara Dato’ Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27. Walaubagaimanapun, wanita itu menafikan sekerasnya berita tersebut.

Advertisement

Terbaru, Iqbal menjawab beberapa persoalan mengenai spekulasi ini pada mStar dan ternyata hairan kerana usahawan tersebut menyatakan ciri lelaki idaman yang lain berbanding sebelumnya iaitu yang muda.

Mengakui sedang bekerja keras untuk menyimpan wang, namun lelaki itu menegaskan bahawa dia mampu menanggung Vida.

Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun, InsyaAllah masih boleh.

Tidak berselindung, Iqbal meluahkan bahawa dia masih menyimpan perasaan terhadap wanita itu dan pelik mengapa Vida seolah-olah tidak mahu mengakuinya.

Bahkan bekas pembantu peribadi tersebut mendedahkan bahawa mereka hampir berkahwin pada 2018 namun hasrat itu terhenti di tengah jalan.

Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkahwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan, kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja.

dato seri vida dan iqbal

Tidak mahu terus berharap, Iqbal reda sekiranya dia dan Vida hanya ditakdirkan sebagai rakan rapat sahaja. Tambahan pula, dia memahami keadaan usahawan wanita itu yang mungkin masih terluka kerana perkahwinan lamanya.

Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia trauma dengan perkahwinan sebelum ini.

Walaupun sayang, namun Iqbal memilih untuk tidak mengeruhkan hubungannya bersama Vida yang rapat sebagai sahabat. Akhirinya, dia tidak menolak sekiranya ada jodoh di antara mereka nanti.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Hampir Berkahwin Pada 2018, Bekas PA Dedah Masih Punya Perasaan Pada DS Vida first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...