EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Halau Lipan Daripada Masuk Rumah, Ini Perlu Lakukan

0 month ago, 23-Nov-2021

Halau Lipan Daripada Masuk Rumah, Ini Perlu Lakukan. Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Haiwan Ini

  1. Sukakan tempat atau kawasan lembab.
  2. Lipas dan semut merupakan makanannya
  3. Badan yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
  4. Ia akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
  5. Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik lipan.
  6. Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
  7. Lebih besar saiz lipan, lebih bisa sengatannya.

Cara Menghalau & Membasmi

#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata ini dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian dan biarkan sehingga yakin tiada lagi.

#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusirnya. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat ia tidak selesa lalu keluar dari rumah.

#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemarannya.

Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau haiwan ini. Selamat mencuba!

 

Tonton Video Menarik Di Youtube IMPIANATV

Lihat juga artikel berkaitan : TIKUSdanLIPAS

Halau Lipan Daripada Masuk Rumah, Ini Perlu Lakukan IMPIANA.



SUMBER : impiana.my



Live Website Traffic


loading...