EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Oppo A31 Hadir Dengan Skrin Besar Pada Harga Bawah RM600!

0 month ago, 27-Jul-2020


Oppo juga tak ketinggalan untuk keluarkan smartphone dengan harga mampu milik guys. Baru-baru ni, Oppo perkenalkan smartphone bawah harga RM600 di pasaran Malaysia dibawah siri A iaitu Oppo A31. Korang mungkin boleh jadikan smartphone spec pertengahan dari Oppo ni sebagai smartphone kedua ataupun nak bagi hadiah kepada kedua ibubapa dekat kampung tu.


Oppo A31 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci IPS LCD beresolusi 1600x700 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah MediaTek Helio P35 dengan memori sehingga 6GB RAM dan storage sehingga 128GB guys. Untuk bateri, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,230mAh menggunakan mikro USB.

Untuk kamera utama, Oppo A31 ni dilengkapi dengan trikamera iaitu 12 megapixel sensor utama + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan didatangkan dengan 8 megapixel. Korang boleh dapatkan smartphone ni dengan 3 pilihan warna iaitu Mystery Black, Lake Green atau Fantasy White ni sekarang guys.

Kredit: Oppo Malaysia | TechNave

+ Baca respon pembaca smartphone mampu milik Oppo di Facebook Oh! Media.
: Oh! Media

SUMBER : terengganu11.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...