EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Moto One Zoom Hadir dengan quad-kamera 48MP, skrin OLED 6.4-inci dan bateri 4000mAh

25 month ago, 06-Sep-2019

Pada acara kas IFA 2019, Motorola telah mendedahkan peranti terbaru mereka iaitu Moto One Zoom yang dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 675, memori 4GB/6GB RAM, storan 64GB/128GB dan skrin bersaiz 6.39-inch OLEDFHD+.

Memandangkan ia menggunakan panel skrin OLED, peranti ini juga mempunyai pengimbas cap jari di skrin. Pada bahagian lain, Moto One Zoom dilihat memfokuskan pada fungsi kamera yang dilengkapi dengan quad-kamera 48MP + 16MP sudut lebar + 8MP telefoto 3x zoom OIS + 5MP sensor bokeh dan kamera swafoto 25MP.

Rekaan peranti ini dilihat agak unik kerana ia mempunyai lampu LED pada logo Mototola dibahagian panel belakang, menggunakan kerangka 6000-siri aluminium dan ketahanan Gorilla Glass 3 pada panel belakang.

Moto One Zoom juga dilengkapi dengan bateri sebesar 4000mAh bersama pengecasan pantas TurboPower 15W dengan sambungan jenis USB-C, mempunyai 3 slot (dwi-SIM + Kad SD) dan juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm. Peranti ini sudahpun mula dijual dengan harga permulaan EURO 400 (~RM1,847).

Moto One Zoom Hadir dengan quad-kamera 48MP, skrin OLED 6.4-inci dan bateri 4000mAh TheSkop.



SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic


loading...