www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Hadin, Thiago kecewakan Selangor

0 month ago, 16-Apr-2019


KAPTEN FELDA United, Hadin Azman membuktikan dia sememangnya memiliki sentuhan pemusnah apabila jaringan lewatnya mengecewakan Selangor 2-1 pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kejayaan skuad The Fighters itu bukan hadir dengan mudah apabila anak didik Nidzam Jamil terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir.

Ia sekali gus meranapkan harapan penyokong skuad Red Giants untuk menamatkan kemarau kejuaraan Piala FA yang kali terakhir dijulang pada 2009 dengan menundukkan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam 120 minit.

Pada perlawanan itu, tuan rumah yang dibimbing B Sathianathan nyata beraksi cukup tersusun dengan pelawat turut memiliki peluang untuk menjaringkan gol.

THIAGO Junio (empat kiri) menanduk masuk gol penyamaan The Fighters. FOTO BERNAMA

Bagaimanapun, ketumpulan jentera serangan menyaksikan babak pertama terikat tanpa jaringan.

Pada separuh masa kedua, tuan rumah meningkatkan serangan dan akhirnya pertahanan kanan kelahiran Kuala Selangor, Syahmi Safari menggegar jaring apabila merembat masuk bola muntah di luar petak penalti pada minit ke-54.

Kelebihan itu tidak bertahan lama apabila tonggak pertahanan import dari Brazil, Thiago Junio menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-64 sebelum Hadin muncul wira dengan gol kemenangan dua minit sebelum tamat.

Kini FELDA berpeluang untuk menyamai pencapaian mereka pada 2014 apabila melangkah ke final sebelum tewas 1-2 di tangan Pahang.




SUMBER : hmetro.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts