EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dah habis Iddah ke? Baru cerai, netizen persoal Nadia Brian berjalan sakan

0 month ago, 08-Apr-2021

Ramai tahu baru-baru ini pelakon jelita Nadia Brian baru sahaja sah bercerai bersama bekas suami, Muizz Nasruddin, 30, dengan talak satu.

Mungkin berniat ingin menghiburkan hati, semalam pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu memuat naik sebuah video mempamerkan dirinya sedang berada di sebuah shopping mall.

Menerusi video tersebut, sambil berposing persis model antarabangsa jelas terpancar kebahagiaan di wajah wanita berusia 30 tahun berkenaan setelah bergelar Miss J.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat memuji bintang drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu yang disifatkan semakin cantik dan berbisa setelah kembali solo.

Bagaimanapun di samping menerima ribuan pujian daripada para peminat, timbul pula persoalan kurang enak dalam kalangan netizen berkenaan tempoh iddah seorang isteri setelah bercerai.

Memandangkan empunya diri baru sahaja bercerai dengan bekas suami, ramai netizen menegur dan menyelar tindakan Nadia yang didakwa seakan tidak mengendahkan hukum agama apabila dilihat keluar rumah biarpun dalam tempoh iddah.

Terdahulu, Nadia Brian mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019. Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan setelah bekas suaminya melafazkan cerai talak 1 baru-baru ini.

: Instagram Nadia Brian



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...