EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gurau Kasar Baling Ulat Dekat Tangan ,Suami Berlari Terus Pujuk Isteri Menagis

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

 

Perasaan fobia kepada binatang kecil seperti ulat, cacing, cicak, lipas atau katak bukan lagi benda pelik lagi-lagi di kalangan orang perempuan. Dengan tektur kulit yang lembik, menggerutu atau melekit, tidak ramai yang berani untuk menyentuh spesies berkenaan apalagi jika secara tiba-tiba muncul di depan mata. Persis seperti kisah lucu seorang wanita ini, dia amat terkejut selepas menjadi sasaran gurauan kasar suaminya sendiri.

Suami tahu saya geli sangat dengan ulat tapi dia baling juga kena kat tangan

Menerusi rakaman pendek yang dikongsikan di Instagram Puan Hajar Hanif, dia mengakui sangat takut kepada ulat namun tidak sangka Encik Suami telah membaling binatang kecil berkenaan hingga terkena pada bahagian tangannya. Dek kerana terlalu geli, dia yang meluru masuk ke dalam rumah dilihat tercegat lalu menangis teresak-esak meskipun sudah dipujuk.



Bagus ada suami macam niSuka tengok cara dia pujuk isteri, orang kalau dah geli memang macam tu

Mungkin rasa bersalah akibat membuat isterinya menangis, En Mizi ada juga memuat naik rakaman sama dengan kapsyen meminta maaf. Sejak dikongsikan semalam, video itu sudah meraih ratusan ribu jumlah tontonan daripada netizen. Tidak ketinggalan, mereka juga memuji tindakan suaminya yang tanpa melengahkan masa segera memberikan pujukan manja.






: Instagram mizisaaq & hajar hanif



SUMBER : kelimerah.com



Live Website Traffic


loading...