EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Guardiola sedia dipecat

0 month ago, 13-Feb-2020

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola berkata, dia mungkin kehilangan jawatannya jika gagal menjulang trofi Liga Juara-Juara musim ini.

City memenangi lima trofi domestik utama sejak Guardiola mengambil alih tugas pada 2016 termasuk dua gelaran Liga Perdana dan treble tahun lalu tetapi tidak pernah melepasi peringkat suku akhir Liga Juara-Juara ketika di bawah kendalian jurulatih dari Sepanyol itu.

Bekas juara Eropah, Real Madrid menunggu City dalam saingan 16 terakhir musim ini dengan peringkat pertama berlangsung bulan ini dan Guardiola berkata, dia teringin mengulang kembali detik manis ketika bersama Barcelona yang menjulang trofi berprestij itu pada 2011.

Saya mahu menang Liga Juara-Juara, kata Guardiola kepada Sky Sports. Saya impikannya dan saya gembira bersedia untuk menentang Madrid. Proses ini, dua minggu sebelum akan menjadi saat paling menggembirakan dalam karier saya, membayangkan apa yang kami boleh lakukan untuk menewaskan mereka.

Jika kami tidak menewaskan mereka, OK, pengerusi atau pengarah sukan akan berkata ia tidak cukup bagus, kami mahukan Liga Juara-Juara, saya akan memecat awak.

(Saya akan katakan) OK, terima kasih, saya menerimanya. Saya tidak tahu (jika ia akan berlaku). Sudah banyak kali ia berlaku dan mungkin akan berlaku.

Harapan City menjuarai Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut hampir berkubur selepas pendahulu liga, Liverpool jauh di depan dengan 22 mata.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...