EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Guardiola tak rela hilang Arteta

0 month ago, 26-Nov-2019

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola tidak meragui pembantunya, Mikel Arteta bakal menjadi pengurus pada masa akan datang tetapi menolak kemungkinan jurulatih dari Sepanyol itu berbuat demikian bersama kelab lain musim ini.

Arteta turut menjadi calon pilihan di bekas kelabnya, Arsenal jika pengurus sekarang, Unai Emery dipecat.

Arsenal kini menduduki tangga kelapan Liga Perdana, 19 mata di belakang pendahulu Liverpool dan lapan mata di belakang slot Liga Juara-Juara selepas seri 2-2 menentang Southampton di tempat sendiri, Sabtu lalu.

"Unai Emery pengurus Arsenal," kata Guardiola kepada wartawan. "Sudah tentu dia akan menjadi pengurus suatu hari nanti. Kami akan menamatkan musim ini tetapi pada masa depan saya tak tahu apa akan berlaku.

Bekas kapten Arsenal, Arteta yang menyertai staf kejurulatihan Guardiola tiga tahun lalu turut mendapat pujian Arsene Wenger sebelum pengurus dari Perancis itu meninggalkan kelab.

Bagaimanapun, Guardiola tidak terburu-buru mahu kehilangan orang kanannya.

"Saya lebih suka dia kekal bersama kami, katanya. Manchester City memiliki seseorang yang komitmen dengan tugas pada masa depan tetapi kami tetap profesional. Semua orang lebih daripada puas hati dengan memilikinya di sini.

"...Dia manusia hebat dan bekerja keras. Saya berkata beberapa bulan lalu dia akan menjadi pengurus dan dia sudah pun menjadi pengurus - sikap dan perwatakan seperti pengurus.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...