www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Tema GrabFood menjadi pilihan pengantin Malaysia ini menunjukkan bagaimana mereka jatuh cinta!

0 month ago, 12-Jan-2019


Bekerja sambilan sebagai pemandu GrabFood di Malaysia telah mempertemukan Nur Atiqah dan Mohd Afandi yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Kredit: Thehayat.co

Pasangan merpati dua sejoli ini memuat naik beberapa keping gambar perkahwinan mereka di Facebook yang mana didedikasikan kepada perkhidmatan penghantaran makanan yang telah mempertemukan mereka berdua.

Kredit: Thehayat.co

Tema GrabFood yang menjadi pilihan pasangan ini menambahkan lagi keserian majlis perkahwinan mereka yang telah berlangsung pada 22 Disember 2018 di Sentul, KL.

Kredit: Thehayat.co

 

Catatan Atiqah di Facebook.

"Utk penghujung tahun 2018 ni....impian aku di realisasikan...penat lelah berpanas berhujan dan bertemu jodoh dalam 1 cabang yg sama......walaupun #GRABFOOD ada turun naik...cinta kami tetap utuh."

Kredit: Thehayat.co

Pasangan ini telah mengenakan persalinan perkahwinan dengan rona hijau untuk dipadankan dengan warna skim GrabFood.

Kredit: Thehayat.co

Sebagai penghargaan atas hubungan baik kepada rakan sekerja, Atiqah dan Afandi tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama dengan mereka.Pelbagai gaya dan gimik yang dilakukan oleh rakan-rakan sekerja pasangan ini yang ternyata sangat supporting!

Kredit: Thehayat.co

Kredit: Thehayat.co

Kredit: Thehayat.co

Pasangan ini juga merakam aksi 'terjatuh' untuk Falling Stars challenge. Mereka memang sporting!

Kredit: Thehayat.co

GrabFood Malaysia turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas perkahwinan mereka. "Pasangan yang serasi, tahniah untuk Atiqah & Afandi!"

Kredit: mothership

Tahniah kepada Atiqah dan Afandi atas perkahwinan anda. Semoga perkahwinan ini akan dirahmati hingga ke syurga!

Kredit: Thehayat.co

: SAYS,

Tema GrabFood menjadi pilihan pengantin Malaysia ini menunjukkan bagaimana mereka jatuh cinta! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts