EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kami tak goyang jumpa United

20 month ago, 02-Nov-2018

Pertahanan AFC Bournemouth, Simon Francis menegaskan bahawa mereka tidak takut dengan Manchester United apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok.

Francis percaya United bukan kebal daripada kekalahan malah berdasarkan prestasi dalam saingan awal musim ini pasukannya lebih cemerlang jika dibandingkan dengan skuad bimbingan Jose Mourinho.

Skuad kendalian Eddie Howe itu kini berada di kedudukan keenam liga, tiga mata mengatasi United di kedudukan kelapan.

“Tiada apa yang perlu ditakuti. Berdasarkan prestasi terkini, kami mungkin pasukan pilihan untuk menang.

“Kami tidak lagi memperlihatkannya sebagai perlawanan yang sukar kerana kami berkeyakinan untuk menewaskan mereka,” katanya.

Francis, yang pasukannya kini hanya enam mata di belakang pendahulu Manchester City dan Liverpool, menyatakan bahawa pasukannya tidak boleh keciciran mata jika mahu terus bersaing memburu kejuaraan.

“Perlawanan seperti ini yang kami perlu manfaatkan dengan menewaskan United.

“Kami akan pastikan perlawanan itu sesuatu yang akan diingati oleh penyokong kami,” tambahnya.

Kami tak goyang jumpa United Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...