EdisiViral.Com Search Guest Post Login

R. Gopinathan bekas pemain Pahang FA ucap dua kalimah syahadah

0 month ago, 09-Oct-2019

Sebentar tadi, telah tular video seorang pemain bola sepak yang mewarnai Liga Malaysia, R. Gopinathan mengucap dua kalimah syahadah.

Bekas pemain Pahang dan juga Selangor ini dilihat bersama seorang lelaki telah mengucapkan kalimah tersebut di pejabat Agama Islam Negeri Pahang.

???????? pic.twitter.com/kD61NxSt2X

Hafiq (@kapitkelabu) October 9, 2019

Menurut sumber, Gopinathan telah menggunakan nama Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra sebagai nama muslimnya dan mengekalkan nama bapa Rama Chandra di hujung namanya.

Selain itu juga, Gopi memberitahu mulai tertarik dengan Islam sejak dua tahu yang lalu apabila kerap kai melihar rakan-rakan Muslim solat dan juga beberapa ahli keluarganya yang sudah bergelar saudara baru terlebih dahulu.

Kira-kira dua tahun saya memendam hasrat untuk memeluk Islam sebelum hari ini hati saya terbuka mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi.

Gopinathan yang kini bermain untuk pasukan PDRM FA terlihat tenang ketika melafazkan syahadah. Dia yang segak berbaju putih turut mengenakan songkok ketika bergelar saudara baru.

Dia telah ditemani oleh ibu saudaranya untuk hadir ke pejabat Agama Islam dan melafazkan kalimah syahadah di depan seorang ustaz.

Perkhabaran tersebut sememangnya mengejutkan ramai pihak memandangkan tiada langsung ura-ura mengatakan dia sedang memepelajari Islam secara dekat.

Walau bagaimanapun, semoga Gopi terus menjadi seorang Muslim yang istiqomah dan terus gigih mempelajari Islam.

: Kapitkelabu

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...