EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Google Pixel 4 bocor habis Warna baru dan fungsi kamera

0 month ago, 10-Sep-2019

Semakin dekat kita dengan tarikh pelancaran, semakin banyak maklumat yang telah tertiris tentang Google Pixel 4 yang bakal dilancarkan tak lama lagi. Jika sebelum ini kita sudah diperlihatkan dengan rekaan sebenar, kini video iklan pula telah tertiris.

Melalui video yang berdurasi 1 minit yang telah tersebar, kita dapat lihat bahagian hadapan peranti itu, Google Assistant, warna peranti itu sendiri, fungsi kamera dengan mod malam dan pelbagai lagi. Warna yang digunakan pada butang kuasa juga dilihat berlainan dari warna kerangka.

Menurut beberapa gambar yang tertiris lagi, Google Pixel 4 bakal hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Oren, Hitam dan Putih bersama logo Google pada bahagian panel belakang. Nampaknya tiada lagi dwi-tona warna seperti yang diperkenal pada peranti Google Pixel sebelum ini.

Google Pixel 4 bocor habis Warna baru dan fungsi kamera TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com