EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Goodyear Syarikat AS, Kini Berdepan Isu Penindasan Pekerja Di Malaysia

0 month ago, 08-Jun-2021

Awal bulan ini memperlihatkan syarikat pengeluar tayar Amerika Syarikat (AS) Goodyear Tire & Rubber Co berdepan dengan isu penindasan tenaga buruh asing.

Entiti yang dimiliki secara bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu kini didakwa atas kegagalan membayar upah pekerja, dan kerja lebihi had masa pada operasi kilang mereka di Malaysia.

Segelintir pekerja telah bertugas selama 229 jam. Melebihi had masa di Malaysia selama 104 jam.

Laporan Reuters menunjukkan pengesahan itu dilakukan oleh 6 bekas dan pekerja asing semasa bersama jabatan buruh negara. Tidak hanya pemotogan gaji yang tidak tepat, bahkan ada diantara pekerja tidak diberi akses kepada perolehan passport mereka.

Tiga aduan ini telah mula dikemukakan sejak tahun 2019 dan 2020, melibatkan 185 pekerja asing.

Berdasarkan keputusan Mahkamah, berhubung 2 aduan telah diterima dan pihak Goodyear perlu membayar kembali upah yang setimpal dengan tugasan pekerja, serta mematuhi perjanjian yang dipersetujui.

Bagaimanapun, Goodyear telah mengemukakan tentangan dan keputusan rayuan hanya akan diketahui pada 26 Julai kelak. Sementara itu keputusan aduan ketiga akan menyusul pada minggu seterusnya.



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...