EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Golongan yang suka tidur lewat bangun awal berisiko meninggal dunia lebih awal

10 month ago, 15-Jan-2020


Golongan yang kerap berjaga sehingga lewat malam dan bangun tidur awal berisiko meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang tidur dan bangun awal, kata penyelidik. 

Tinjauan ke atas lebih 430,000 orang di Britain mendapati mereka yang tidur lewat berisiko 10 peratus meninggal dunia dalam masa 6.5 tahun tempoh kajian berbanding golongan yang tidur lebih awal. 

"Ini adalah isu kesihatan umum yang tidak boleh dipandang ringan," kata penulis kajian, Malcolm van Schantz dari Universiti Surrey. 

Katanya, golongan seperti itu sepatutnya dibenarkan memulakan dan menyelesaikan kerja mereka lebih awal. 

"Mereka yang menahan tidur sehingga awal pagi berisiko menghadapi masalah kesihatan," kata seorang lagi penulis, Kristen Knutson di Universiti Northwestern di Chicago. 

Kedua-duanya mengumpul maklumat hampir setengah juta individu berusia 38 hingga 73 tahun daripada pangkalan data awam. 

Peserta menggambarkan diri mereka sebagai sama ada 'suka bangun pagi' dengan 27 peratus dan 'bangun pagi berbanding bangun waktu petang', 35 peratus serta 'suka bangun petang berbanding pagi', 28 peratus mereka yang 'memang suka bangun petang' membabitkan sembilan peratus. 

GANGGUAN PSIKOLOGI

Mereka juga menyenaraikan berat badan, tabiat merokok dan status sosioekonomi.

Kematian dalam kumpulan itu, 10,500 secara keseluruhan, didokumenkan untuk enam setengah tahun. 

Kumpulan yang tidur lewat malam didapati berisiko 10 peratus meninggal dunia lebih awal berbanding mereka yang suka bangun awal pagi. 

Sementara itu, golongan yang berjaga malam mungkin mengalami gangguan psikologi, diabetes dan masalah perut serta pernafasan. Mereka cuma tidur beberapa jam pada waktu malam. 

"Ia boleh menjadi tekanan psikologi, makan pada masa tidak betul untuk tubuh, tidak bersenam dengan cukup, tidur tidak mencukupi, terjaga malam, mungkin mengambil dadah dan alkohol," menurut kajian.

: AFP, Berita Harian


SUMBER : thereporter.my



Live Website Traffic


loading...