EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Golongan M40 Terima Bantuan RM100 e-Pemula

1 month ago, 07-Oct-2022

Menurut Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2023, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah pendapatan boleh guna yang boleh dimanfaatkan oleh golongan M40. Kepada hampir 1 juta pembayar cukai, Kerajaan ingin maklumkan satu khabar gembira. Sukacita diumumkan, kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50 ribu hingga RM100 ribu, iaitu: Pertama : Banjaran pendapatan bercukai lebih RM50 ribu hingga RM70 ribu, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus; dan Kedua: Banjaran pendapatan bercukai lebih RM70 ribu hingga RM100 ribu, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus. Pada masa yang sama, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250 ribu hingga RM400 ribu akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400 ribu hingga RM600 ribu dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250. Ini bermakna, dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat.Jangan lupa subscribe youtube channel Ali Gajet!#m40 #bajet2023


SUMBER : youtube



Live Website Traffic


loading...