EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ada golongan super-kaya di AS yang langsung tak bayar cukai pendapatan

0 month ago, 09-Jun-2021

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

BUTIRAN yang mendakwa bagaimana sesetengah individu super-kaya di Amerika Syarikat hanya membayar cukai pendapatan terlalu sedikit telah dibocorkan kepada sebuah portal berita.

Portal ProPublica mendakwa telah melihat penyata cukai beberapa individu paling kaya di dunia, termasuk Jeff Bezos, Elon Musk dan Warren Bufet.

Portal tersebut mendakwa Bezos langsung tidak membayar cukai bagi 2007 dan 2011, sementara pemilik Tesla, Elon Musk juga dikatakan tidak membayar apa-apa bagi 2018.

Seorang jurucakap White House berkata pendedahan tersebut adalah salah di sisi undang-undang, dan pihak biro penyiasatan kebangsaan (FBI) dan pihak berkuasa percukaian sedang menjalankan siasatan.

ProPublica berkata mereka sedang melakukan analisis ke atas apa yang disifatkan sebagai himpunan data hasil dalam negeri berhubung cukai terhadap golongan jutawan, dan akan mengemukakan butiran lanjut dalam beberapa minggu akan datang.

Walaupun BBC belum dapat mengesahkan butiran tersebut, namun pendedahan itu muncul ketika jumlah cukai yang dibayar oleh golongan jutawan menjurus kepada jurang ketidaksamaan yang semakin meluas.

Menurut ProPublica lagi sekurang-kurangnya 25 individu Amerika paling kaya hanya membayar cukai amat minimum pada kadar purata 15.8 peratus daripada pendapatan kasar mereka berbanding golongan pekerja industri arus perdana di negara itu.

Pemberita kanan ProPublica, Jesse Eisinger berkata mereka berasa terkejut apabila mengetahui bahawa jika seseorang itu kaya, dia mampu membolosi jaringan percukaian dan membayar cukai sifar melalui beberapa kelompangan dalam undang-undang.

Menurut portal itu lagi dengan menggunakan strategi sah di bawah undang-undang kebanyakan daripada mereka mampu mengurangkan bil cukai persekutuan hingga kosong walaupun dari setahun ke setahun mereka semakin kaya.

Mereka melakukan itu semua dengan cara melalui kaedah sumbangan kepada badan-badan amal dan mengeluarkan wang daripada pelaburan dan bukan daripada pendapatan gaji.

Dengan menggunakan data daripada majalah Forbes, ProPublica berkata kekayaan 25 individu paling kaya itu masing-masing telah meningkat sebanyak AS$401 bilion dari 2014 hingga 2018, tetapi mereka hanya membayar sejumlah AS$13.6 bilion bagi cukai pendapatan sepanjang waktu berkenaan.

Presiden Joe Biden telah berjanji akan menaikkan cukai bagi golongan super kaya Amerika sebagai sebahagian daripada misi memperbaiki jurang kesaksamaan dan mendapatkan dana untuk program-program pelaburan infrastruktur besar.

Di antara jutawan super kaya yang juga dikatakan membayar hanya sedikit bagi cukai pendapatannya, termasuk George Soros.

-BebasNews

Please follow and like us:



SUMBER : bebasnews.my



Live Website Traffic


loading...