EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Godfrey Gao Dilaporkan Mati Selepas Pengsan di Set Penggambaran

0 month ago, 27-Nov-2019

Gambar terakhir yang dimuat naik Godfrey Gao di Instagramnya

Aktor dan juga model terkenal Taiwan, Godfey Gao dilaporkan mati selepas pengsan sewaktu menjalani penggambaran. Menurut laporan Straits Times Singapura, Gao dikejarkan ke hospital selepas pengsan sewaktu di set penggambaran siri realiti pada jam 2 pagi tadi (27 November 2019).

Godfrey Gao sewaktu menjadi duta SK-II Men

Dilahirkan pada 22 September 1984, dia dibesarkan di Kanada, ayahnya berasal dari Taiwan dan ibunya pula berasal dari Pulau Pinang. Gao mencipta nama di Taiwan menerusi beberapa siri televisyen seperti Momo Love (2009) dan Volleyball Lover (2010). Gao yang mempunyai ketinggian 1.93meter menjadi begitu popular selepas menjadi lelaki Asia pertama muncul di dalam kempen musim bunga/panas Louis Vuitton 2011. Dia juga pernah menjadi duta untuk jenama penjagaan kulit terkenal SK-II Men.

Setakat ini, video terakhir yang dimuat naik Gao di Instagramnya sudah menerima lima ribu komen dan rata-rata pengikutnya meluahkan rasa tidak percaya selain menulis Rest in Peace.


SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...