EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Giliran Lady Gaga Pula Keluar Mekap Sendiri, Lihat Apa Yang Best

0 month ago, 13-Sep-2019

New makeup in town!

Lady Gaga menyertai barisan mekap kelahiran selebriti seperti Fenty Beauty, KKW Beauty, Kylie Cosmetics, Honest Beauty dengan mekapnya sendiri Haus Laboratories.

Sejak mengumumkan bakal melahirkan baby baru pada September 2018, peminat tidak sabar mahu melihat sendiri buah tangan artis hebat ini. Akhirnya,Haus Laboratories akan dilancarkan secara rasmi pada 17 September 2019.

Haus Laboratories, jenama mekap dari Lady Gaga. Foto Amazon

Menawarkan variasi produk seperti RIP Lip Liner, Glam Attack Liquid Shimmer PowderdanLe Riot Lip Gloss. Semua produk adalah vegan, bebas kekejaman dan bebas paraben menjadikannya selamat dipakai untuk semua jenis kulit.

Haus Laboratories Le Riot Lip Gloss

Menurut Gaga,istimewaHaus Laboratories padanya kerana dia mahu semua orang merasai pengalaman menggunakan mekap tanpa perbezaan usia dan identiti jantina. Yang kecil, remaja, dewasa, lelaki, perempuan malah transgender boleh bermain dengan mekapnya. Gaga juga mahu kanak-kanak menggunakan mekap sebagai cara untuk mengekspresikan diri mereka sendiri dan siapa mereka secara bebas.

Haus Laboratories RIP Lip Liner. Foto Amazon

Siapa berminat dengan koleksi mekap Haus Laboratories, kini boleh didapati untuk pre-order di Amazon.

Haus Laboratories Glam Attack Liquid Shimmer Powder

Suka hati kamulah Gaga.. Tapi pada penulis, packaging Haus Laboratories biasa-bisa sahaja, tak ada yang menarik. Penulis masih suka Fenty Beauty dan Kylie Cosmetics.


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com