EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gilerlah! Dengan 1 Sen Je, Korang Dah Boleh Order Makanan Kat Airasia Food

0 month ago, 11-Jun-2021

Korang merupakan pelanggan setia food delivery dan sedang berada di Lembah Klang atau Pulau Pinang?

Ini ada satu berita baik untuk korang!!

airasia food, perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang menawarkan promosi hebat dengan harga 1 SEN SAHAJA untuk hidangan istimewa dari peniaga terpilih untuk masa yang terhad.

Para pelanggan boleh menebus hidangan 1 sen mereka dengan menggunakan kod promosi 1SENKL bagi yang berada di kawasan Lembah Klang dan 1SENPG untuk pelanggan yang berada di Pulau Pinang pada tarikh dan lokasi terpilih sepanjang tempoh promosi ini.

91C7BCC4-AB78-43BD-B66E-59AADB03CCFE.png

13C8266E-D1ED-4B33-A195-AC789CF2056E.png

Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati Perkhidmatan Penghantaran Percuma Tanpa Had dalam lingkungan jarak 15km dari restoran terlibat. Penebusan adalah terhad berdasarkan siapa yang menebus dahulu.

Penebusan pertama untuk promosi hidangan 1 sen ini adalah dari Pisco dengan hidangan istimewanya iaitu Croquetas di Lembah Klang dan Nasi Ayam dari Loo Kee Chicken Rice untuk penebusan di Pulau Pinang pada 10 Jun.

Banyak lagi restoran menarik dan tawaran hidangan istimewa tersedia sepanjang promosi ini. Untuk menebus, pelanggan boleh klik pada ikon Food di airasia super app atau layari airasia.com/food.

Promosi ini adalah satu penghargaan buat semua pelanggan setia yang terus menyokong airasia food dan berbesar hati untuk berkongsi hidangan istimewa dari restoran terpilih di airasia food.

Malah, para pelanggan juga digalakkan untuk memuat turun airasia super app sekarang sebagai persediaan bagi memesan hidangan 1 sen ini di lokasi pilihan mereka.

Untuk rekod airasia food mula dilancarkan pada bulan Mei 2020 bagi membantu pengusaha restoran dan peniaga yang berdaftar meluaskan perniagaan mereka di musim pandemik, di samping menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan terbaik untuk para pelanggan yang terkesan.

 

 

 



SUMBER : rileklah.com



Live Website Traffic


loading...