EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gerrard harap Liverpool tebus duka 2013-14

5 month ago, 10-Jan-2020

STEVEN Gerrard berkata hanya dengan Liverpool memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini dapat membantunya melupakan derita kegagalan pada 2013-14 apabila insiden dia terjatuh menentang Chelsea membolehkan Manchester City bergelar juara.

Memburu kejuaraan liga kali pertama sejak 1990, pendahulu Liverpool kalah 0-2 di laman sendiri kepada Chelsea pada perlawanan ke-36 musim apabila Gerrard, kapten kelab, terjatuh di bahagian tengah dan membenarkan penyerang Demba Ba merampas bola serta menjaringkan gol pembukaan.

Ketika City menekan mereka, keputusan seri di Crystal Palace pada perlawanan kedua terakhir menyaksikan Liverpool merudum ke tangga kedua, menyerahkan kejuaraan dan berakhir sebagai naib juara dua mata di belakang.

Saya memikirkan mengenainya (insiden terjatuh), kata Gerrard. Pasukan Liverpool memenangi liga akan melenyapkan perasaan kecewa itu.

DEMBA Ba menjaringkan gol Chelsea selepas merampas bola daripada kawalan Gerrard.

Apabila saya menganalisis dengan mendalam saya faham ia bukan setakat detik itu. Tapi, saya masih menjadi sebahagian daripadanya, saya memikirkan mengenainya. Orang berkata... ia membabitkan 38 perlawanan. Tapi saya masih sedar detik itu amat besar.

Jadi, apabila Liverpool menang Liga Juara-Juara musim lalu dan saya berada di sana, melihat ke arah penyokong, saya fikir mereka gembira sekali lagi dan ia membuatkan saya berasa gembira sekali lagi... Liga Juara-Juara tahun lalu adalah saat penawar buat saya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...