EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Gergasi Merah berdepan PJ City di Shah Alam tanpa Syazwan, Syahmi malam ini

0 month ago, 13-Jul-2019

Foto: FB FA Selangor

SELANGOR bakal tampil serba tempang selepas beberapa tonggak utamanya mengalami kecederaan menjelang aksi menentang Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Shah Alam malam ini.

Dua tonggak Gergasi Merah iaitu Syazwan Zainon dan Muhammad Syahmi Safari antara pemain yang belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan selepas kekalahan 2-3 kepada Perak di Ipoh Rabu lalu.

Pengendali Selangor, B Sathianathan berkata, PJ City FC kini memiliki kelebihan kerana mendapat tempoh rehat panjang selepas aksi mereka yang sepatutnya menentang Johor Darul Tazim (JDT) Rabu lalu telah ditangguhkan.

Dengan pemain yang masih belum cergas sepenuhnya serta rehat yang kurang, saya lihat kelebihan memihak lawan (PJ City FC). Situasi ini pastinya mencabar bagi kami untuk meraih keputusan positif.

Saya terpaksa menurunkan Syazwan dan Syahmi di Ipoh sebelum ini untuk memastikan kami mampu meraih mata tetapi gagal. Jadi untuk aksi esok (malam ini), tugas saya sedikit sukar tetapi saya akan cuba mempersiapkan pasukan meraih kemenangan, jelasnya.

Sathianathan juga mengakui keputusan perlawanan malam nanti begitu penting bagi memastikan Gergasi Merah berada dalam kelompok empat terbaik Liga Super 2019.

Jadi kemenangan ke atas PJ City FC begitu penting buat pasukan, jelasnya.

Gergasi Merah berdepan PJ City di Shah Alam tanpa Syazwan, Syahmi malam ini Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com