www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Gereja besar di Paris Notre-Dame terbakar

0 month ago, 16-Apr-2019


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Gereja besar Notre-Dame, mercu tanda bersejarah Perancis yang wujud sejak Zaman Pertengahan lagi terbakar malam semalam namun pantas dikawal bomba, kata pihak berkuasa.

Bomba juga berjaya menyelamatkan dua relik bersejarah di gereja berkenaan termasuk Crown of Thorns dan Tunic of St Louis selain dua menara jam daripada runtuh.

Seorang anggota bomba dilaporkan cedera.

Kebakaran yang bermula awal malam semalam itu memusnahkan bumbung ikonik gereja besar berusia lapan abad itu sebaik api mula merebak ke puncak menara.

Namun, difahamkan banyak lagi karya seni dan artifak tidak ternilai masih berada di dalam gereja besar terbabit.

Punca insiden itu masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ, lapor BBC.

Media sosial mula dibanjiri imej dan video yang menunjukkan asap berkepul naik ke udara dari bangunan dengan seni bina berciri Gothic berusia 850 tahun itu.

Perkara yang paling buruk berjaya dielakkan, walau bagaimanapun masalah sebenar masih belum dapat diatasi sepenuhnya, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron kepada wartawan ketika melawat lokasi kejadian tengah malam tadi.

Macron berkata Perancis akan melancarkan kempen untuk membina semula katedral yang juga Tapak Warisan Dunia UNESCO berkenaan, termasuk melalui usaha mengutip dana dan menarik penderma dari luar negara untuk menyumbang.

Pihak berkuasa sedang giat menjalankan usaha untuk menangani kebakaran tersebut, sementara laluan di sekitar bangunan itu sudah ditutup dan dikawal.




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts