www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Geran peruntukan terjejas

0 month ago, 16-Mar-2019


Kevin Ramalingam

KETUA Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam mengakui tindakan penamatan kontrak ke atas Telekom Malaysia (TM) akan menjejaskan geran peruntukan tahunan kepada persatuan bola sepak negeri (FA) namun yakin masalah ini akan diatasi secepay mungkin.

Jelasnya, MFL akan mengadakan mesyuarat secara rasmi dengan pihak-pihak yang berminat untuk menjadi penaja dan ia sememangnya menjadi tanggungjawab MFL untuk segera mengatasinya.

“Sudah tentu kita kena cari dana yang secukupnya, itu adalah tanggungjawab kami dan saya hanya boleh menjawab soalan mengenai geran peruntukan tahunan kepada pasukan selepas mengadakan mesyuarat dengan pihak berminat.

“Buat masa ini, kami tidak lagi mempunyai maklumat lengkap, apabila semuanya lengkap maklumat akan dimaklumkan,” jelasnya.

Ditanya mengenai kemungkinan TM akan kembali menjadi penaja utama, Kevin memaklumkan MFL sedia mendengar dan pintu perbincangan tidak pernah tertutup demi sukan bola sepak.

“Mana-mana pihak ada sebab tertentu, kita pernah umumkan sebelum ini bahawa kita sentiasa menyokong TM dan jadi rakan baik, sabar menunggu keputusan mereka ini, apabila TM sendiri buat keputusan pengumuman sendiri dia tidak buat apa-apa keputusan untuk menarik diri dalam bola.

“Mereka kata akan buat keputusan lepas mereka menamakan Ketua Pegawai Eksekutif baharu pada ketika itu, malangnya sampai satu tahap kita perlu fikirkan masa depan dan pengurusan liga 2019. Keputusan telah dibuat dan jika ingin adakan perbincangan demi tanggungjawab kita dengan bola sepak kami akan dengar.

“Pintu perbincangan tidak tertutup, tanggungjawab untuk bola sepak dan byukannya untuk peribadi,” tegasnya.

Geran peruntukan terjejas Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts