EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#Georgetown Perintah kawalan pergerakan, Doktor pertikai larangan selepas diberitahu supaya tidak boleh berjoging

0 month ago, 20-Mar-2020


Viral di media sosial semalam. penyebaran sebuah klip video berdurasi  berkenaan seorang doktor yang mempertikai larangan berjoging di sebuah taman dipercayai Taman Botani Pulau Pinang. Doktor berkenaan mempertikai kefahaman pihak berkuasa mengenai perintah kawalan pergerakan (MCO) selepas beliau ditegur oleh tiga orang Pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang.


Dalam Sidang media semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai tidak keluar rumah untuk berjoging atau beriadah.Beliau memberitahu bahawa orang ramai harus berada di rumah masing-masing sejauh mungkin dalam tempoh kuat kuasa MCO yang berakhir pada 31 Mac depan.



Majlis tempatan di seluruh negara telah mula melaksanakan perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan, termasuk mengarahkan penutupan semua taman dan tempat awam.Jika sabit pelanggaran arahan perintah itu, pesalah  boleh dijatuhi hukuman denda hingga RM2,000 atau penjara tidak kurang 1 tahun.











SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...