EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Generasi Ke-14 TUN PERAK, Sumbangan INTAN DATO SRI SARIT Dalam Bidang Guaman Cetus Inspirasi

0 month ago, 11-Jun-2021

Walaupun wanita kecil molek ini banyak menghabiskan masa remajanya di Kota London namun semangat jati dirinya tak pernah pudar. Mula menetap di London sejak usia 16 tahun untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang menjadikan semangatnya terus kental berjuang membantu mereka yang memerlukan dalam bidang yang sangat dicintainya ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Seronok mendengar Intan Amalina Dato Sri Mohd Sarit bercerita tentang kerjayanya dalam bidang guaman dan semangatnya melakukan kerja amal. Sejak kecil lagi, saya memang minat dan cenderung melakukan kerja amal kerana ibu dan ayah saya sentiasa mengajar kami adik-beradik untuk berbakti kepada masyarakat.

Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina

Ayah dan ibu dulu mempunyai sebuah rumah anak yatim yang diberi nama Rumah Bakti Semantan di Temerloh. Syukur, hasil daripada usaha ayah dan ibu, anak-anak ini telah pun berjaya dan menjadi lulusan universiti di dalam dan luar negara. Saya cuba terapkan nilai-nilai murni ini dalam kehidupan semasa.

Setelah saya pulang ke Malaysia pada tahun 2015, saya menjadi guru secara sukarela di IDEAS Academy untuk warga pelarian dan banyak projek lain yang masih dalam proses kolaborasi, kata anak bongsu kepada pasangan Dato Sri Haji Mohd Sarit Haji Yusoh mantan Ahli Parlimen Temerloh dan Pakar Motivasi, Datin Sri Dato Fadzilah Muhammad Ali sambil tersenyum.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina

MEDIASI
Wanita yang berkelulusan LLB (Hons) United Kingdom dan Mediator in Civil and Commercial Matters (ADR GROUP, London) serta sedang dalam proses menamatkan MA Global Diplomacy dari SOAS London ini komited memperjuangkan salah satu bidang perundangan yang digelar mediasi.

Semasa saya di sekolah guaman, The Honourable Society of The Inner Temple, saya diperkenalkan kepada bidang Alternative Dispute Resolution (ADR) iaitu kes-kes tidak ke mahkamah malah menggunakan cara alternatif untuk diselesaikan. Justeru, saya mula mengenali dan mendalami bidang mediasi (mediation) ini.

Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina
Foto: Koleksi Peribadi Intan Amalina

Oleh kerana saya mempunyai bakat dan sering menjadi pelajar terbaik dalam bidang ini, pensyarah menggalakkan saya untuk mengambil lesen akreditasi untuk menjadi mediator dalam bidang sivil dan komersial, terang pencinta kucing ini.

Setelah pulang dari London, Tan Sri Apandi Ali (Peguam Negara ketika itu) telah mengundang saya untuk menimba pengalaman di Jabatan Peguam Negara. Saya masih berpegang teguh dan komited untuk melebarkan sayap dalam bidang mediasi semasa saya menceduk pengalaman di sana. Namun, saya tidak sangka betapa peritnya untuk mendapat peluang kerana kes-kes mediasi sangat terhad di Malaysia.

Demi menguar-uarkan tentang proses mediasi, saya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa, Young Practitioners Group di Asian International Arbitration Center (AIAC) yang dulu lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur Regional Center for Arbitration (KLRCA). Salah satu tugas saya adalah untuk bercakap tentang proses ADR dan mediasi kepada bakal-bakal peguam yang masih menuntut seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), ucap Intan bersemangat.

Foto: Koleksi Majalah Nona

KEMAHIRAN MEDIASI
Setelah hampir berputus asa menghadapi cabaran yang diluar jangkauan, Intan bersyukur kerana telah dipertemukan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menyuntik inspirasi untuk terus berjuang. Rezeki datang tanpa disangka apabila saya diperkenalkan kepada Mediators Beyond Borders International (MBBI) yang merupakan NGO mediasi antarabangsa yang berpusat di Washington. Saya telah dilantik menjadi wakil dari Malaysia dan juga Pengasas MBBI Malaysia.

Melalui NGO ini, saya diberi banyak pendedahan kepada dunia mediasi, terutama sekali bidang informal mediasi di mana kemahiran mediasi digunakan untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam komuniti, masyarakat sejagat, serta politik dan juga kemahiran mediasi digunakan sebagai cara menyokong isu-isu yang perlu diketengahkan.

Misalnya, pada tahun 2019, saya telah diundang untuk menyertai dan bercakap di United Nation Women Insider Mediator di Davao, Filipina. Di sana saya berkumpul bersama-sama wanita dari kawasan pedalaman Filipina yang terpaksa berdepan dengan guerilla pemberontakan. Mediator-mediator dipanggil untuk berkongsi kemahiran dengan mereka untuk berkomunikasi secara efektif dan aman, bicara waris generasi ke 14 keturunan Tun Perak ini mengakhiri perbualan.



SUMBER : nona.my



Live Website Traffic


loading...