EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gemuk, hodoh pun tak pe...

0 month ago, 10-Jan-2020

SAYA tidak peduli orang nak cakap saya terdesak, asalkan dapat cari isteri.

Itu tindakan berani Nooraziro Abdullah, 35, yang menggantung poster di tepi jalan sebagai jalan terakhir untuk mencari jodoh.

Nooraziro yang berasal dari Marang, Terengganu mengakui terpaksa menggunakan cara itu berikutan mahu berkahwin dalam tempoh terdekat.

Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal.

Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.

Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri, katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai tukang rumah berkata, dia sengaja meletakkan poster berkenaan di Kuala Dungun dan tidak di tempat yang mudah dikenali orang kampung.

Saya tidak sangka pula perkara ini menjadi tular, namun mahu berfikiran positif mungkin ini penyebab untuk saya mendapat isteri.

Ibu bapa serta adik beradik saya pun tidak tahu saya menggunakan kaedah ini untuk mencari jodoh.

Setiap kali pergi kenduri, mesti rakan akan bertanya bila mahu berkahwin, saya sudah bosan mahu menjawab pertanyaan berkenaan dan nekad mahu menggunakan cara ini bagi mendapatkan isteri, katanya.

Ditanya apakah ciri-ciri wanita pilihannya, Nooraziro tidak kisah asalkan dapat menerima dirinya seadanya.

Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya.

Ada beberapa wanita sudah menghubungi saya bertanyakan hal berkenaan dan diharap akan ada jodoh untuk saya nanti, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...