EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

GELANDANGAN MAUT GANTUNG DIRI DALAM SURAU

0 month ago, 14-May-2022

MERSING: Seorang gelandangan ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai menggantung diri di sebuah surau di Jalan Ismail, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edrward Nuing berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi melibatkan mangsa seorang lelaki disyaki warga tempatan ditemui meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pekerja pembersihan semasa melakukan kerja-kerja pembersihan di surau tersebut.

Mangsa merupakan seorang gelandangan dan semasa ditemui tiada sebarang pengenalan diri dijumpai bersama mangsa.

Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah ke atas mangsa, katanya seperti dilapor Kosmo.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Daerah Mersing bagi tujuan pemeriksaan dan bedah siasat.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut boleh hubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Farhan Adleed Zukefly di talian 0137495395 bagi membantu siasatan.AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...