EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gelagat Dua Budak Mencuit Hati,Berkongsi Kayuh Basikal Sharing is caring

1 month ago, 13-Jan-2021

 


Basikal adalah salah satu alat permainan yang semua kanak-kanak wajib miliki. Sama ada mengumpul duit belanja untuk membelinya sendiri atau menunggu ibu bapa untuk menghadiahkannya, basikal bukan sahaja berperanan sebagai alat permainan untuk berhibur dengan rakan-rakan tetapi ia juga memudahkan mereka bergerak di sekitar kawasan rumah apabila ingin ke kedai atau rumah rakan.

Tetapi sudah tentu tidak semua yang mempunyai kemewahan itu. Sesetengah kita perlu meminjam basikal rakan untuk turut merasakan keseronokan berlumba basikal beramai-ramai. Sementara ada juga yang perlu berkongsi satu basikal dengan adik beradik yang lain.

Itulah yang turut dapat diihat dalam sebuah video yang tular ini di mana 2 orang kanak-kanak sedang menunggang basikal bersama.



Biasanya apabila dua orang menggunakan basikal yang sama seorang perlu duduk di belakang sementara seorang lagi duduk di depan untuk kayuh.

Tetapi lain pula yang dapat dilihat dalam video yang dikongsikan  ini di mana dua-dua orang budak lelaki itu sama-sama kayuh satu basikal yang sama, dengan seorang mengayuh pedal kiri dan seorang lagi mengayuh pedal kanan.

Video itu bertambah kelakar setelah diiringi dengan muzik dan pergerakan lucu mereka juga disunting.

sharing is caring


SUMBER : kelimerah.com



Live Website Traffic


loading...