www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


GASTEP Juarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Besut

0 month ago, 14-Jan-2019



Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 13 Januari- Pasukan sepak takraw GASTEP telah menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Besut yang diadakan di Gelanggang Sepak Takraw Kampung Teluk Bayu.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam itu disertai oleh 58 pasukan daripada negeri ini dan Kelantan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, kejohanan seperti ini diharap dapat diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat baru dari kalangan remaja negeri ini khusus di daerah Besut.


"Insya Allah kami bagi pihak Penyelaras DUN Kuala Besut akan berbincang bagi mengadakan lagi kejohanan Sepak Takraw di DUN Kuala Besut", ujarnya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis menyampaikan hadiah kepada pemenang. 

Turut hadir, Pembantu Penyelia Hal Ehwal Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MiTS) DUN Kuala Besut, Hafiz Yusof.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa gembira kerana kejohanan tersebut belangsung dengan jayanya.




SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts