EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ganjaran solat, tak bermain dalam masjid..

0 month ago, 11-Oct-2019




BELANJA makan di restoran makanan segera jika solat dengan betul dan tidak bermain dalam masjid.

Itulah tawaran pengurusan Masjid Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kepada kanak-kanak sekitarnya menerusi program Kad Ganjaran Geng Masjid Junior sejak awal bulan ini.

Tawaran itu antara lain membolehkan kanak-kanak yang datang ke masjid menunaikan solat dengan betul dan bukan semata-mata untuk bermain hingga mengganggu jemaah lain.

Imam Masjid, Abu Mansur Matulidi Mohd Romli, 36, antara individu memainkan peranan mewujudkan program itu selepas berjaya melakukan perkara sama ketika berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam di Kuala Lumpur pada 2007 hingga 2009.


Menurutnya, setakat ini, 34 kanak-kanak serta remaja berusia antara lima hingga 13 tahun sudah mendaftar dan mereka akan diberikan dua cop untuk solat dengan tertib dan tidak bermain di dalam masjid.


KANAK-KANAK mendapat cop selepas berjaya mematuhi syarat ditetapkan.
Jika mereka solat, tapi bermain dalam masjid, kami akan tolak satu dan mereka tidak akan mendapat cop penuh pada malam itu.

Malah, tambahan satu cop (menjadikan tiga keseluruhan) akan diberikan kepada mereka yang membawa ibu bapa ke masjid.

Jika di Kuala Lumpur, saya memperkenalkan kaedah ini untuk membolehkan pelajar dapat cemerlang dalam akademik dan ia berjaya.

Alhamdulillah apabila dilaksanakan di masjid ini, kanak-kanak seronok dan mereka kurang lagi bermain, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Program itu dikongsikan dalam Facebook milik Mansur Romli antaranya: Reward Masjid Belanja Makan.

Tengok buku ni aku sendiri terliur. Agak-agak jika budak-budak tengok macam mana lah agaknya. Kumpul cop terbanyak dgn hadir solat jemaah di masjid dan tertib, berkelakuan baik dan sopan.

Cop bonus jika datang masjid dengan ayah atau ibu.

Isu: Ada sekumpulan budak-budak yang datang ke masjid tapi bermain mengalahkan padang bola ketika orang dewasa solat di hadapan. Ganjaran untuk memastikan depa tertib ketika di masjid. InsyaAllah.

Beliau berkata, jika mereka berjaya mendapat semua cop untuk bulan ini, kanak-kanak itu akan dibawa untuk makan makanan segera dengan percuma.

Ia akan dinilai dalam tempoh sebulan, andainya ada antara mereka gagal memenuhi apa yang dikehendaki, mereka perlu menunggu bulan berikutnya.

Populasi penduduk di sini terdiri 2,000 rumah dan kami berharap program ini berjaya menarik lebih ramai datang ke masjid, katanya.

Kredit Harian Metro

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...