EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ganjaran diskaun insurans kenderaan kepada pengguna jalan raya berhemah mulai tahun hadapan Menteri Pengangkutan

0 month ago, 10-Oct-2019

SEPANG - Kerajaan bakal memperkenalkan ganjaran diskaun tanpa tuntutan (NCD) insurans kenderaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan mempunyai rekod bersih daripada sebarang kesalahan trafik mulai tahun hadapan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, perbincangan mengenai perkara itu sudah dibuat bersama pihak industri insurans malah mekanisme mengenainya hampir siap dan akan diumumkan pada hujung tahun ini.

NST/YouTube

Kita memerlukan data Mysikap dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan pengguna tidak ada saman dalam tempoh setahun bagi mendapatkan diskaun tambahan ini, katanya ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) di Sepang.

Perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengenai cadangan memberi diskaun bayaran premium insurans kenderaan kepada pemandu berhemah telah dibincangkan sejak bulan Mei lalu yang kini dalam fasa terakhir.

Beliau berkata, cadangan ganjaran itu berbentuk pengurangan premium insurans kepada pemandu yang mempunyai rekod bersih daripada saman atau kesalahan jalan raya.

Anthony Loke berkata pelaksanaan ganjaran itu bukan saja dapat mengurangkan statistik kesalahan jalan raya malah turut mengurangkan kos sara hidup dihadapi pengguna yang dapat menikmati diskaun berkenaan.

Untuk pihak industri insurans pula, ia akan mewujudkan situasi menang-menang kerana jika persekitaran jalan raya lebih baik dan kemalangan dapat dikurangkan, maka tuntutan insurans juga dapat dikurangkan, tambahnya.

Syarikat insurans dapat keuntungan besar jadi, tidak rugi memberi diskaun dan ini juga satu cara kita dapat integrasi usaha bersama pelbagai pihak, katanya.

Pexels/Gambar Hiasan

Dengan pengenalan sistem baru ini pada tahun hadapan, sebagai gantian bayaran tuntutan, mereka akan menawarkan lebih banyak rebat ke atas bonus tanpa tuntutan (NCB) pengguna, selain 50 peratus NCD sekiranya tiada kemalangan sepanjang tempoh itu.

Anthony Loke berkata, Kita akan mengenakan hukuman kepada mereka yang melanggar undang-undang, tetapi pada masa yang sama akan memberi ganjaran kepada mereka yang mematuhi undang-undang.

: New Straits Times

Ganjaran diskaun insurans kenderaan kepada pengguna jalan raya berhemah mulai tahun hadapan – Menteri Pengangkutan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...