www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Gambar seorang lelaki OKU dibiarkan beratur untuk menaiki lif cetus kemarahan netizen

0 month ago, 15-May-2019


Sekeping foto tular di media sosial memperlihatkan seorang pengguna OKU yang berkerusi roda dibiarkan beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam lif sementara pengguna lain yang sihat tidak mengendahkannya. Kejadian berlakudi sebuah stesen MRT di Thailand.

Wan Tulyada/Facebook

Gambar tersebut yang dimuat naik olehWan Tulyada di Facebooknyatelah mencetus kemarahan ramai netizen yang rata-rata mengecam sikap pengguna lain yang mementingkan diri sendiri untuk masuk ke dalam lif tanpa mempedulikan lelaki yang berkerusi roda itu.

Antara pengguna yang kesal dengan kejadian itu ialah,Somchai Puanunchai. Katanya kejadian tersebut berlaku di setiap stesen. Pengguna yang cacat fizikal pula yang harus menunggu pengguna yang sihat tubuh badan untuk masuk terlebih dahulu.

Melalui Facebook, Wan Tulyada menyeru orang ramai supaya lebih prihatin dengan keadaan orang sekeliling terutama pengguna OKU.

"Tolong jangan lakukan ini. Stesen MRT mempunyai eskalator naik dan turun... Bukan maksud saya hendak mengatakan bahawatiada sesiapa yang dibenarkan menggunakan lif, tetapi saya fikir lif tersebut harus dikhaskan untuk kes-kes istimewa seperti pengguna warga tua atau mereka yang mempunyai penyakit yang menyebabkan mereka tidak dapat berjalan dengan betul."

Katanya lagi, sekurang-kurangnya rakyat harus mengutamakan pengguna yang benar-benar perlu menggunakan lif tersebut.

Berikutan insiden tersebut, seorang pengguna FacebookKotchanan Nutbanterng berkongsi isu yang hampir sama iaitu tentang ibu mengandung tidak diberikan tempat duduk. Kotchanan Nutbanterng memuat naik gambar seorang wanita yang sarat mengandung yang gigih berdiri sementara tiada seorang pun dari pengguna kereta api yang lain bangun untuk memberikan tempat duduk kepada wanita tersebut.

Memang tidak dinafikan masih ramai lagi masyarakat termasuk di Malaysia sendiri yang tidak prihatin terhadap pengguna OKU yang ada di sekeliling mereka. Mereka lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri berbanding orang yang lebih memerlukan.

Oleh itu, ubahlah mentaliti kita mengenai perkara ini. Dahulukan mereka yang lebih memerlukan dan dalam masa yang sama bantu mereka supaya lebih mudah mengakses perkhidmatan awam yang disediakan.

: COCONUTS BANGKOK, Wan Tulyada/Facebook

Gambar seorang lelaki OKU dibiarkan beratur untuk menaiki lif cetus kemarahan netizen Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts