www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Gambar Perkahwinan Terindah Priyanka Chopra Dan Nick Jonas

0 month ago, 06-Dec-2018


Semestinya ramai yang mengagumi akan keindahan majlis perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas di Jodhpur, India.

Priyanka Chopra berjalan di atas aisle menuju ke arah Nick Jonas yang pada ketika itu dilihat menitiskan air mata melihat kecantikan bakal isterinya itu yang memakai veil tulle dramatik 75 kaki panjang yang berjaya membuatkan ramai terpegun.

Tatkala pengantin perempuan berjalan disamping ibunya, Madhu (bapa kepada Priyanka, Ashok telah meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2013), lima orang pembantu turut mengiringi untuk mengangkat leretan veil Priyanka yang dapat dilihat menerusi video yang dirakam dari bahagian udara ketika upacara tersebut berlangsung.

Setiap perempuan mengimpikan untuk menjadi seorang puteri di hari bahagianya. Tetapi saya tidak pernah mempunyai perancangan akan apa yang saya ingin jadi, kata Priyanka kepada PEOPLE.

Pasangan ini melafazkan ungkapan I do dalam upacara perkahwinan Kristian yang dijalankan oleh bapa Nick iaitu Paul. Priyanka tampil berseri dalam gaun rekaan khas Ralph Lauren. Nick turut sama menggayakan tuksedo rekaan khas oleh Ralph Lauren.

Upacara perkahwinan Hindu diadakan pada keesokan harinya. Berkesempatan untuk mengadakan dua buah majlis besar-besaran di India bersama keluarga dan rakan rapat kami adalah sangat istimewa, kata Priyanka.

Pasangan ini mengakhiri upacara hujung minggu tersebut dengan Bidaai, sebuah upacara buat pengantin di mana keluarga Priyanka memberikan restu buat kehidupan baharunya bersama Jonas.

Tidak sampai di situ sahaja. Pada hari Selasa (4 Disember 2018), pasangan pengantin baharu ini bersama keluarganya menyambut perkahwinan mereka sekali lagi di dalam sebuah resepsi di Delhi.

Priyanka dilihat sangat menawan dalam lehenga berona krim bermanik, pakaian tradisional labuh panjang, skirt bersulam dengan blaus cropped lengan panjang serta shawl draped dupatta. Nick pula mengenakan tuksedo navy.

Gambar : Altaf Qadri/AP/REX/Shutterstock

Pasangan ini sempat memuat naik gambar perkahwinan mereka di Instagram dengan kapsyen, And forever starts now, tulis Priyanka. Manakala Nick pula menulis, Happiest day of my life.

Lihat setiap gambar terindah di perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas di bawah.


SUMBER : eh.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts