Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Teluk Manila di Filipina diketahui dengan tahap pencemaran yang membimbangkan. Selain itu juga, kualiti airnya pula difahamkan 100 juta kali ganda melebihi had yang selamat untuk sebarang aktiviti air seperti berenang dan sebagainya.
Sewaktu musim monsun, pukulan ombak turut membawa bersama-sama sampah sarap ke pantai menjadikan kawasan yang satu ketika dulunya indah kepada satu pemandangan yang sangat menjengkelkan kerana dipenuhi dengan sisa sampah. Pengumpulan sampah yang terlalu banyak di sana sangat serius sehinggakan ia menutupi pasir dan pantai.
Saluran-saluran air juga dipenuhi dengan sampah-sampah yang menyebabkan saluran berkenaan tersumbat, selain membawa sampah-sampah berkenaan ke dalam teluk. Keadaan berkenaan merupakan satu perkara biasa bagi sesetengah penduduk kerana ia telah berlaku selama bertahun-tahun dan mereka pula seolah-oleh sudah biasa melihatnya.
Kredit: Karya Setia|Twitter
Walau bagaimanapun terdapat usaha pembersihan dilakukan. Ini kerana menurut Sora News 24, Jabatan Asli dan Alam Sekitar di sana telah membawakan seramai 5,000 orang sukarelawan bagi mengutip sejumlah 45.59 tan sampah pada 27 Januari lalu. Usaha berkenaan diberi nama The Battle For Manila Bay.
Kredit: Vandeet Ames|Twitter
Operasi besar-besaran ini memakan kos sehingga 46 bilion peso (RM3.5 bilion) dan akan dijalankan dalam 3 fasa di 8 buah daerah bermula di Teluk Manila. Buat mereka yang didapati membuang sampah, pihak berwajib juga turut tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan seperti denda.
Selepas 6 hari gotong-royong berkenaan dijalankan, pantai tersebut telah bertukar menjadi satu kawasan yang sungguh menakjubkan!
Orang ramai yang sudah lali dengan pemandangan yang menyakitkan mata ekoran pencemaran sisa buangan berkenaan kini tidak henti-henti mengagumi keindahan pantai berkenaan dan mereka juga kini boleh menyaksikan sinaran matahari yang indah di pantai tanpa timbunan sampah sarap.
View this post on Instagram
Everybody is waiting for the sunset. I guess there's really beauty in some endings.
A post shared by Jeffrey Eurolfan (@_jeffevol_) on
Kerajaan telah menegaskan bahawa projek ini tidak akan berakhir di sini kerana 5,700 individu telah ditugaskan untuk melakukan lebih banyak pembersihan setiap minggu.
Usaha pembersihan sebegini sering mengingatkan kita semua bahawa satu tindakan yang dirasakan mudah mampu untuk menyelamatkan alam sekitar daripada terus tercemar.
Oleh yang demikian, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di sana dan lakukan perubahan agar keindahan alam sekitar akan terus terpelihara.
Gambar menunjukkan transformasi Teluk Manila selepas 5,000 orang sukarelawan mengadakan gotong-royong Era Baru Malaysia.
SUMBER : erabaru.com.my
Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games