EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

'Gambar tu macam aktiviti santai, jelas ia telah melanggar SOP' - KPN tegas akan panggil Neelofa & suami untuk siasatan

0 month ago, 04-Apr-2021


Polis akan memanggil pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail untuk diambil keterangan berhubung tindakan memuat naik gambar dan video bersiar-siar di Pulau Langkawi, bertentangan dengan permohonan kebenaran merentas negeri atas urusan kerja. 


Sedangkan sebelum ini, Polis Daerah Brickfields mengesahkan telah memberi kebenaran kepada pasangan itu ke Pulau Langkawi untuk urusan kerja.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, video dan gambar yang dimuat naik pasangan itu jelas melanggari prosedur operasi standard (SOP). 


"Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan. 


"Jadi dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia akan dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk berhubung gambar dan video yang viral," katanya. 


Beliau berkata, pihaknya akan mengenal pasti sama ada aktiviti yang dilakukan Neelofa dan Haris adalah sebahagian dari urusan perniagaan ataupun sebaliknya. 


"Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja. Jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP. 


"Sebabnya dia datang dari kawasan PKPB ke PKPP," katanya. 


: Sinar Harian



SUMBER : viralpurba.com



Live Website Traffic


loading...