EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Gambar yang berkualiti tinggi ini rupanya hanya dirakam oleh kamera telefon pintar sahaja. Memang menakjubkan!

5 month ago, 12-Jul-2019

Dengan pelbagai jenis telefon pintar yang dipasarkan pada tahun kebelakangan ini, pengguna kini dihidangkan dengan banyak jenis telefon pintar, yang boleh dibahagikan mengikut harga jualannya.

Malah, kini dengan harga yang berpatutan, pengguna boleh mendapat telefon pintar dengan teknologi yang canggih, kamera yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Gambar Hiasan |rawpixel.com-Pexels

Pada suatu ketika dahulu, apabila berbicara tentang gambar yang cantik dan berkualiti, pengguna hanya ada satu perkara sahaja di dalam fikiran, iaitu kamera digital. Tetapi kini, dengan kamera yang terdapat dalam telefon pintar juga sudah setanding dengan kamera yang mahal!

Buktinya, seorang pengguna Twitter dengan nama @Ashril_92 baru-baru ini ada memuat naik sekeping gambar cawan minuman teh yang baru dibelinya.

Ashril_92/Twitter

Walau bagaimanapun, ternyata pengguna internet lebih teruja dengan kualiti gambar yang dimuat naik berbanding subjek sebenar yang ditunjukkan. Lucu tetapi memang mengagumkan!

Rentetan itu, ramai pengguna internet mula melihat gambar berkenaan secara dekat untuk menunjukkan kualiti gambar berkenaan dan memuatnaiknya semula.

Lihatlah, memang jelas!

Ashril_92/Twitter

Ashril_92/Twitter

Bukan itu sahaja, ada juga antaranya tiba-tiba berasa haus apabila melihat kesan titisan air pada cawan berkenaan. Memang menyelerakan!

Ashril_92/Twitter

Selepas gambar itu mula tular, ramai pengguna internet yang mempersoalkan jenama kamera yang digunakan oleh Ashril kerana kualiti gambar yang dihasilkan memang mengagumkan.

Ashril_92/Twitter

Rupa-rupanya, Ashril memberitahu bahawa dia hanya menggunakan kamera telefon pintar jenama Pixel 3 XL. Wah, meyakinkan hasilnya!

Ashril_92/Twitter

Tidak dinafikan, kamera satu lensa binaan Google ini sememangnya adalah salah satu ciptaan terbaik yang pernah dibina dalam telefon pintar.

Dari segi kualiti, kamera telefon pintar yang satu ini memang sukar untuk ditandingi, dan ramai orang yang mengakuinya!

: SAYS

Gambar yang berkualiti tinggi ini rupanya hanya dirakam oleh kamera telefon pintar sahaja. Memang menakjubkan! Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...