EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Muat Naik Gambar Bercuti Di Langkawi, Ikmal Amry Mohon Maaf Guris Hati Netizen

0 month ago, 08-Apr-2021

Gara-gara memuat naik gambar percutian di Pulau Langkawi, pelakon, Ikmal Amry menerima kritikan daripada netizen yang tidak berpuas hati. Netizen mendakwa pelakon Gantung The Series itu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Ikmal Amry walau bagaimanapun menafikan dakwaan dan menjelaskan dia ke pulau tersebut menerusi agensi pelancongan yang sah. Dia yang menetap di Negeri Sembilan berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan ke Kedah yang juga di bawah PKPP.

Advertisement

Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab hantaran saya itu ada mengguris hati netizen. Di sini, saya nak tekankan bahawa saya bercuti tanpa melanggar SOP.

Kami mengikut SOP dengan menggunakan agensi pelancongan berdaftar seperti mana yang ditetapkan dan bukan menaiki kenderaan sendiri.

Tambahnya, dia mengaku melakukan kesalahan membuat posting di Instagram sehingga menimbulkan salah faham. Katanya lagi, posting yang dibuat adalah tidak sesuai dengan situasi pandemik sekarang.

So, pasal posting tu, kita manusia kan bila kita tengah happy kita nak simpan kenangan dekat Instagram. Benda tu kenangan. Am minta maaf sangat-sangat sekarang ni. Lepas ni kita akan berfikir bila nak buat sesuatu. Fikir sekeliling.

Berniat untuk menyimpan foto hanya sebagai kenangan, Ikmal berkata dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

 

Muat Naik Gambar Bercuti Di Langkawi, Ikmal Amry Mohon Maaf Guris Hati Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...